Cara TERPINTAR dan TERPANTAS

Wariskan Cinta Wariskan Harta

Tulis wasiat Islam yang sah dalam masa 15 minit sahaja.

Lindungi orang tersayang anda, agihkan harta mengikut prinsip syarak dan tenangkan hati dengan perancangan pusaka yang bijak.

Mulakan Wasiat Sekarang

Pilihan Pelan

Mulakan

Perlukan bantuan memilih pelan? Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

15 MIN Selesai Wasiat
ISO 9001 : 2015 Pensijilan Kualiti (QMS Certification)
100% Patuh Syariah

Cara Kerja - Mudah, Pantas dan Selamat.

3 Langkah Mudah
Menulis Wasiat Anda

Platform SmartWills WasiatKu direka untuk semua rakyat Malaysia.

01

Daftar & Pilih Pelan

Pilih pelan SmartWills WasiatKu yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda secara dalam talian.

Perkhidmatan penulisan wasiat yang cepat, mudah, dan patuh syarak.

02

Isi Maklumat Wasiat

Lengkapkan butiran wasiat anda termasuk maklumat peribadi, aset, penerima manfaat, pentadbir, dan penjaga yang memenuhi syarat-syarat Islam.

03

Cetak, Tandatangan & Simpan

Cetak dokumen dan tandatangan di hadapan dua saksi untuk pengesahan sah undang-undang dan syarak. Pastikan ia disimpan di tempat yang selamat.

Phone mockup showing SmartWills WasiatKu

Apakah Wasiat ?

Wasiat adalah dokumen sah yang membolehkan anda, sebagai pewasiat, untuk menentukan individu tertentu atau badan amal sebagai penerima manfaat bagi menerima aset dan harta benda anda setelah anda meninggal dunia.

Ia memastikan pembahagian harta anda dilakukan mengikut kehendak anda dan mengikut prinsip syarak.

Kepentingan Wasiat

Islam mengajar kita merancang untuk kehidupan selepas dunia ini. Wasiat bukan sahaja tanggungjawab, ia adalah ibadah.

Keluarga Muslim duduk bersama
Keluarga berbincang dokumen wasiat
Keluarga menyerahkan sumbangan di masjid
Keluarga bersama datuk dan anak
Keluarga meneliti perancangan pusaka
Keluarga Muslim tersenyum bersama

Kelebihan Kami

Ini Adalah Sebab Anda Memilih SmartWills WasiatKu

Selamat & Terjamin

Data anda dilindungi dengan enkripsi peringkat bank. Privasi anda adalah keutamaan kami.

Boleh Akses Bila-Bila Masa

Platform dalam talian kami boleh diakses 24/7 dari mana-mana peranti - komputer, tablet, atau telefon bimbit.

Pensijilan ISO9001 : 2015

Kami telah mendapat pensijilan ISO 9001:2015 untuk penyediaan wasiat dalam talian - jaminan kualiti bertaraf antarabangsa.

Sokongan Pakar

Pasukan SmartWriter kami yang berpengalaman sedia membantu anda sepanjang proses penulisan wasiat.

Harga Mampu Milik

Pakej bermula dari RM280 sahaja. Tiada yuran tersembunyi - pelaburan terbaik untuk masa depan keluarga anda.

Boleh Kemaskini

Kemaskini wasiat anda bila-bila masa mengikut perubahan harta, keluarga atau kehendak anda.

Rancang Harta Anda Hari Ini Lindungi Keluarga Anda Esok

Dengan WasiatKu, anda boleh merancang pembahagian harta secara mudah, selamat dan patuh Syariah. Elakkan kesulitan kepada waris dan pastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

Mulakan Wasiat Sekarang

Pilihan Tepat Dipercayai & Diyakini

Penulisan testimoni ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pelanggan individu dan mungkin berbeza bagi setiap individu. Tiada sebarang ganjaran atau imbuhan diberikan untuk ulasan ini. Prestasi masa lalu bukan petunjuk bagi pulangan masa hadapan.

★★★★★

"Alhamdulillah, mudah sangat guna WasiatKu. Dalam masa 20 minit wasiat saya siap. Sangat puas hati dengan perkhidmatan yang patuh syariah ini."

Ahmad Firdaus

Umur 38, Jurutera, Kuala Lumpur

★★★★★

"Saya dah lama tangguhkan bab wasiat ni. Selepas guna WasiatKu, rasa lega sangat. Harga berpatutan, proses senang, dan yang penting patuh syariah."

Siti Hajar

Umur 45, Guru, Johor Bahru

★★★★★

"Selepas bapa saya meninggal tanpa wasiat, saya faham betapa pentingnya wasiat. Syukran WasiatKu kerana memudahkan proses ini untuk semua orang."

Muhammad Hafiz

Umur 52, Pengurus, Selangor

Ada Soalan? Ini Jawapannya

Masih ada soalan mengenai wasiat Islam?
Baca soalan lazim kami atau hubungi terus pasukan profesional kami.

Masih Ada Soalan?
01

Mengapa saya perlu membuat wasiat?

Penulisan wasiat merupakan alternatif bagi pewasiat untuk menyimpan hasratnya tentang bagaimana asetnya perlu diagihkan selepas mereka meninggal dunia selain diagihkan secara faraid.

Tanpa adanya wasiat, perlantikan pentadbir dan proses menguruskan harta pusaka akan menjadi rumit dan memakan masa yang lama dan kos yang tinggi.

02

Bolehkah saya melantik SmartWriter sebagai saksi?

Ya, anda boleh melantik kami sebagai saksi.

Walaubagaimanapun, WasiatKu berhak mengenakan bayaran sehingga maksimum RM100 bagi setiap saksi untuk setiap wasiat yang diproses.

03

Adakah anda memerlukan peguam untuk sediakan wasiat?

Di Malaysia, undang-undang tidak mewajibkan wasiat disediakan oleh peguam.

Selagi wasiat itu dalam bentuk bertulis, ditandatangani dengan betul, dan memenuhi kehendak perundangan yang berkaitan, ia dianggap sah dan berkuatkuasa.

04

Adakah wasiat dalam talian sah?

Wasiat dalam talian kami adalah dokumen yang mengikat secara sah. Ia dirangka khas oleh Panel Peguam kami dan disemak oleh Penasihat Undang-Undang dalaman untuk memastikan ia mematuhi perundangan Malaysia dan prinsip Syariah.